CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

PISMP SAINS SOSIAL AMBILAN JANUARI 2010


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS KENINGAU SABAH




SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN


Khamis, 28 Mei 2009



Selamat Bercuti kepada semua warga IPGM kampus Keningau....
Semoga Kita semua dapat memanfaatkan waktu cuti ini
dengan perkara - perkara yang bermanfaat....

Bersama - samalah kita memohon doa
agar diberi kesempatan lagi oleh Ilahi
untuk bertemu semula di Sem 3...

Sebelum itu...
pengarang ingin memohon maaf
andai pernah terkasar atau mengguris
hati rakan - rakan seperjuangan
dalam merenangi segala suka dan duka
kehidupan sepanjang sem 2 ini...

Wassalam....

Tragedi Hidup Seorang Genius - Sufiah Yusof Kini Seorang Pelacur


(Di Petik Dari Laman Blog : http://panjangakal.com/blog)

Jika korang tak kenal siapa Sufiah Yusof ni, biar aku perkenalkan serba sedikit latar belakang gadis ini. Sufiah Yusof suatu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, dia merupakan seorang kanak-kanak pintar matematik sama seperti adik Adi Putra. Entah apa masalah yang membelenggu keluarga SufiahUniversiti Oxford iaitu pada usia 15 tahun Sufiah pernah melarikan diri. Dia hilang begitu saja, sebelum di jumpai semula di sebuah cafe internet di Bournemouth. Seterusnya dia kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjananya. Pernah berkahwin pada tahun 2004 ketika berusia 19 tahun dengan seorang peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama 12 bulan saja. Bapanya Yusof Farooq berasal dari Pakistan, manakala ibunya Halimahton berasal dari Muar, Johor.Tetapi siapa Sufiah Yusof sekarang? Sufiah a.k.a Shilpa Lee (nama samaran) sekarang tidak sama seperti Sufiah 11 tahun dahulu, kini dia merupakan seorang pelacur murahan yang menawarkan khidmat seks dengan harga 130 pound (RM830) setiap kali melanggan khidmatnya. Ini merupakan satu kisah sedih bagi diri aku, dan seluruh umat Islam khususnya. Aku mengikuti perkembangan Sufiah ni sejak awal lagi, kerana kagum dengan kepandaiannya, lagi pun dia tua setahun je dari aku. Apa yang menjadi punca yang membuatkan Sufiah berubah menjadi sebegitu dengan bergelumang dalam lembah penghinaan? ni ramai yang tak tahu, tapi selepas 3 tahun melanjutkan pelajaran di

Walaupun dia boleh menjadi seorang yang kaya raya dengan kebiksanaannya, tapi kenapa dia memilih jalan hina ini? Aku memang cukup sedih dengan berita mengenai Sufiah ni, adakah ibu bapa Sufiah yang bersalah dalam hal ni? Aku pun tak nak tuduh sebarangan, tapi pertama kali Sufiah melarikan diri dulu. Dia cakap, kehidupan yang dia alami bersama bapanya “seperti neraka”! Apa maksud Sufiah ni?

Untuk pengetahan korang, bapa Sufiah iaitu Yusoof Farooq merupakan seorang pesalah seks. Dia telah dihukum penjara selepas melakukan kesalahan serangan seksual ke atas dua gadis beruisa 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya. Adakah Sufiah juga adalah mangsa kerakusan seks bapanya sendiri? Adakah sejarah hitam lalu yang menyebabkan Sufiah jadi begini? Hanya Allah saja yang tahu.

Ketika artikel ini ditulis, adakah Sufiah masih lagi bergelumang dengan maksiat dan dosa? Aku harap sangat dia sudah sedar dengan kesilapan yang dilakukannya, marilah kita semua berdoa supaya Sufiah dapat kembali ke pangkal jalan. Aku harap adalah pihak yang dapat membantu Sufiah kembali ke pangkal jalan, terutamanya dari keluarga sebelah ibunya yang tinggal di Muar, Johor.

Semoga tragedi sedih ini tidak berulang.

p/s : Artikel ini bukan untuk memalukan Sufiah dan keluarganya, hanya sebagai renungan kita bersama.

Adab orang yang alim yang mengajar akan ilmu ada 17 perkara.



1. Ihtimal, yakni guru perlu menanggung atau menerima pertanyaan dan pekerjaan daripada muridnya yang mana hal ini dapat menyusahkannya. hendaklah ia bersifat sabar. "Maknanya disini guru perlu menanggung setiap pertanyaan dan pekerjaan. Meskipun hal ini kemudiannya akan menyusahkan dia. Contohnya..mungkin ada soalan yang tidak mampu dijawab oleh guru yang akan menyebabkan guru perlu balik mengulangkaji. Inilah adabnya. Jika guru yang tidak mengendahkan hal ini, guru tersebut akan mengabaikan pertanyaan anak muridnya itu. Guru maknnya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru".

2. Luzumul Hilm. sayugialah orang alim itu bersikap tidak lekas marah. " Marah penting, tetapi lazimkan dengan sifat Hilm..lemah lembut, sabar ".

3. Duduk dengan Haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala. "Guru perlu mejaga haibahnya sebagi guru. Tarafnya sebagai guru adalah perlu guru menjaga taraf kemuliaannya. Ertinya, guru adalah contoh ikutan, oleh yang demikian guru tidak boleh tidak perlu menajaga lebih akan tingkah lakunya".

4. Jangan membesarkan dirinya atas segala hamba Allah melainkan atas orang yang zalim kerana menegah ia akan zalimnya. "Adab ini meneutralkan adab yang ketiga tadi. Menjaga kemuliaan adalah berbeza dengan perasaan ujub,riak dan takbur. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa rasa bersyukur dengan kelebihan ilmu yang sebenarnya hanya datang daripada Allah SWT Yang Maha Mengetahui."

5. Sentiasa memilih sifat Tawadu` ketika diperhimpuan atau dihadapan orang ramai.

6. Jangan bergurau-gurau dan bermain-main pada perhimpunan orang banyak.

7. Sentiasa berperasaan kasih sayang dan berpelakuan lemah lembut terhadap pekerjaan dan perkataannya terhadap muridnya, Hendaklah ia memperlakukan anak muridnya seperti anaknya sendiri. "Masyaallah, As-Syeikh Abdusshomad al-Falimbani memeberiak perumpamaan kasih sayang diantara guru dengan murid dengan jalinan anak dan ayah atau ibu. Perumpamaan ini amat tepat sekali. Mengapa tepat.? sebagai contoh . Seorang ibu melihat anaknya keletihan setelaah pulang daripada berkemah. Anaknya tadi baru pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. Adakah benar kasih sayang seorang ibu yang membiuarkan anaknya yang keletihan itu tidak solat subuh kearana keletihan atau dikejutkan juga kerana terlebih kasih akan anaknya kerana tidak mahu melihat anaknya dihumban ke dalam api neraka?. Beguitulah juga guru. Marah, rotan dan sukanya adalah berasaskan kasih sayang yang benar"

8. Menanti dan memeriksa dengan perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang bebal dan dungu serta memperbetulkan merereka. Tetap bersabar melayan anak murid yang dungu dan bebal. "Bagi yang bukan guru mungkin kita tidak faham mengapa ada orang bebal dan dungu. Dua hal ini bukanlah kekurangan , namun ia adalah cabaran bagi guru untuk menahan kesabaran dan kesungguhanya."

9. Jangan ia meminta upah atas mengajarnya itu tetapi hendaklah qasad mengajarnya itu klerana Allah SWT.

10. Seorang guru perlu berani mengatakan "Aku tidak tahu" sekiranya benar-benar tidak ahu. Ini dapat mengelakkan kesesatan dan kecelakaan yang besar.

11. Hendaklah seorang guru bersungguh-sungguh ia terhadap orang yang bertanyakan masalah.

12. Menerima dalil yang membenarkan orang lain walaupun dalil itu datang daripada anak muridnya. Janagn ditolak dalil itu hanya kerana malu dia terhadap orang banyak.

13. Mengikut kepada yang benar dan kembali jika tersalah.

14. Guru perlu menegah orang belajar ilmu yang membawa mudarat.

15. Guru perlu menegah orang bekajar qasadnya (niatnya) bukan kerana Allah SWT. Guru perlu menyuruh orang yang belajar ilmu kerana Allah SWT.

16. Guru perlu menegah orang belajar ilmu kifayah selagi seseorang itu tidak selesai Ilmu fardhu Ain.

17. Hendaklah guru itu mengamalkan akan ilmunya supaya diikuti oleh orang akan amal dan perkataannya.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat oleh kita semua.




Selasa, 12 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun adalah Hari Guru. Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Antara Tema Hari Guru Malaysia.

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembena Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa

Khamis, 7 Mei 2009

Program Anak Angkat Pelatih PPISMP Kajian Sosial



Pada 20 Februari hingga 22 Februari 2009 yang lepas, para pelatih PPISMP Pengajian Sosial / Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu Ambilan Julai 2008 telah mengadakan satu aktiviti iaitu Program Anak Angkat di sebuah perkampungan di daerah Ranau. Kami telah dikehendaki untuk melaksanakan kajian lapangan dan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah ini di kampung Simpangan Randagong. Di antara tujuan kami melaksanakan aktiviti ini adalah untuk memenuhi kehendak soalan Kerja Kursus Berasakan Ilmu (KKBI) kami, iaitu menjalankan kajian tentang pengaruh alam sekitar terhadap kegiatan sosio ekonomi salah sebuah masyarakat pribumi di Sabah. Selain itu, kami juga didedahkan dengan lebih dekat berkaitan dengan aktiviti sosio ekonomi masyarakat pribumi di kampung Simpangan Randagong. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga IPGM Kampus Keningau dengan masyarakat luar, terutamanya bagi penduduk kampung ini.

Seramai 18 orang pelatih PPISMP Kajian Sosial terlibat dalam program ini dengan diiringi 4 orang pensyarah dari Jabatan Pengajian Sosial. Mereka terdiri daripada Puan Afinah A.D Matsud selaku penyelaras Program Anak Angkat, Encik Johanis @ Mohd Johan Bin Manggata, Encik Halim, dan Encik Kadir.

Secara keseluruhannya, kesemua program dan aktiviti yang dirancang dalam tentatif berjalan dengan lancar. Setiap dua orang pelatih akan mendapat sebuah keluarga angkat yang akan membantu para pelatih dalam memberi data maklumat serta membawa para pelatih ke kawasan aktiviti sosio ekonomi di kampung tersebut bagi memenuhi tugasan KKBI. Syukur Alhamdulillah, kami telah disambut dengan begitu meriah dan kami tidak menyangka bahawa kami akan mendapat layanan yang begitu baik sekali. Para penduduk kampung begitu peramah dan bersopan santun. Di sini, saya lampirkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang 3 hari 2 malam kami berada di kampung Simpangan Randagong.



Logo Baru IPGM Kampus Keningau



INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS KENINGAU SABAH